Friday, 20 September 2013

Sesuaikan saiz bra dengan aset anda

Kesihatan payudara anda bergantung pada pemilihan coli yang tepat.  Macamana ye? Mula-mula pastikan ukuran payudara tepat untuk memilih coli yang sesuai. Ukuran bra boleh diukur menggunakan pita pengukur.
Ukuran bra ada dua bahagian iaitu angka dan huruf seperti 34B, 36D dan sebagainya. Angka 32, 34 dan sebagainya adalah ukuran lingkaran dada. Manakala huruf A, B, C dan sebagainya adalah ukuran mangkuk payudara. Ukuran mangkuk berbeza-beza dengan ukuran lingkaran dada maka ia tidak sama dengan setiap bra. Contohnya mangkuk 32 D sama dengan ukuran mangkuk pada 34 C atau 36 B cuma frame yang berbeza iaitu kail pada tali belakang bra perlu disesuaikan.

Berikut cara menentukan ukuran bra yang tepat.
1. Ukuran lingkaran dada
Ukur lingkaran dada tepat di bawah payu dara dengan inci.  Ia dikenali dengan saiz bingkai atau band bawah. Jika hasilnya genap tambah 4 inci, manakala jika hasilnya ganjil tambah 5 inci.  Contohnya, ukuran lingkaran dada anda 29 inci maka ditambah 5 hasilnya ukuran bra anda adalah 34.  Ukuran bra 34 ini pula dipanggil saiz band.

2. Ukuran mangkuk
Ukur lingkaran dada tepat pada tengah payudara (dengan puting) anda. Ini dipanggil saiz dada. Katakan ukuran dada anda ialah 32.  Ukuran mangkuk dikira berdasarkan selisih saiz dada dengan ukuran saiz bingkaI. Maka 32 tolak 29. Jika selisih ukuran ini,
1" = ukuran mangkuk AA
2" = ukuran mangkuk A
3" = ukuran mangkuk B
4" = ukuran mangkuk C
5" = ukuran mangkuk D
6" = ukuran mangkuk DD

Maka saiz coli yang dikehendaki adalah saiz 34 B.